Cara Mandi Wajib
Bercakap pasal mandi wajib, sudah menjadi satu
soalan yang tipikal didengari iaitu:
Soalan:
1. Bagaimana cara mandi wajib yang sebenar mengikut
Islam?
2. Bagaimanakah cara mandi wajib yang betul?
3. Bagaimanakah cara mandi wajib yang sebaiknya,
maksud saya adakah dengan meratakan air terlebih
dahulu? Dan bolehkah kita mandi wajib dengan
air yang ditakung di dalam kolah yang tidak cukup
2 kolah, tetapi dalam masa yang sama air paip dibenarkan
mengalir terus ke dalamnya?
Jawapan:
Cara mandi wajib yang paling baik ialah sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidhi.
1. Membaca basmalah sambil berniat untuk mengangkat
hadas besar
2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali
kaki. jangan dibasuh dahulu kaki. Ia akan dibasuh
selepas mandi nanti..
5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
6. Membasuih kepala berserta dengan telinga sebanyak
3 kali dengan 3 kali cebokan air.
7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah
lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti
pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
10. Membasuh kaki.
Boleh mandi junub dari bekas yang tidak sampai
2 kolah dengan syarat hendaklah menggunakan
cebok (gayung – bg orang Johor) kemudian menjiruskan
ke seluruh badan, bukan dengan cara berendam
di dalamnya. Pastikan air yang digunakan
untuk menjirus badan itu tidak terpercik masuk ke
dalam bekas yang tidak sampai 2 kolah itu. Menurut
riwayat At-Tirmidhi dalam sahihnya Rasulullah SAW
mandi junub dengan hanya satu gantang air sahaja.
Satu gantang air masih belum sampai 2 kolah. Baginda
tidak berendam di dalam belas yang baginda
SAW ambil air darinya itu.
Sila rujuk buku:1. Bunga Idaman Mutiara Syurga
‘Wanita Solehah’ DN 148
Maksud Hakiki:hidup yang hakiki ialah hidup yang mempunyai tujuan untuk mencapai segala kesempurnaan; pada hakikinya pada hakikatnya (sesungguhnya), sebenarnya; tugas hakiki tugas yang sebenarnya; (walau dimana kita berada di langit,bumi,lautan tiada tempat untuk lari dari Allah, takutlah padaNya dan jangan takut pada mahkluk ciptaanNya)
Pages
- Youtube Kuliah AKS
- Youtube Online Majlis Ilmu
- Home
- Ustaz Wan Hizam
- Ustaz Auni Mohamad ...
- Ustaz Nazmi Karim
- Ustaz Mat Esa Deraman
- Ustaz Abdullah Khairi
- Kuliah Ust. Azhar Idrus
- Kuliah Ust. Shamsuri Ahmad
- Ustaz Muhammad Fawwaz Mad Jan
- Kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
- Kuliah Ust.Kazim Elias
- Kuliah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
No comments:
Post a Comment